buat abc guna salji

Seronok tengok negara 4 musim bila musim salji kan? Kadang-kadang sampai terfikir, salji yang turun itu boleh dibuat Air Batu Campur (ABC) atau tidak kerana teksturnya lebih kurang sama seperti ABC di Malaysia.

Baca juga: Sambut Hari Jadi Pekerja ‘Favourite’ Di Mamak, Keluarga Ini Buat Ramai Sebak

Buat ABC Guna Salji?

Tular sebuah video yang dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok, Zunita Ramli yang menyahut cabaran netizen menggunakan salji untuk membuat ABC.

Difahamkan wanita tersebut merupakan warga Malaysia yang kini telah berhijrah dan menetap di Negara Jepun.

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu telah menadah salji ‘fresh’ ke dalam mangkuk sehingga penuh. Kemudian dia menuang sirap, susu pekat serta buah.

Menurutnya, ABC yang menggunakan salji lebih sedap kerana teksturnya lebih lembut dan cair di dalam mulut berbanding ABC di Malaysia yang sedikit kasar.

Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah sama ada ia selamat ataupun tidak untuk dimakan.

Video penuh:

@zunitaramli

Ramai sangat cakap, banyak salji senang la buat ABC. Haaa dengan minda yang curious, saya tertanya-tanya, macam mana rasa ABC dari salji? ps: Salji boleh makan, tapi make sure salji tu bersih & fresh dan baru turun. #CatatanZunitaDiJepun #Japan #kakigori #ABCsalji #Niigata

♬ original sound – Zunita Ramli – Zunita Ramli

Kalau kalian diberi peluang ke negara bersalji, agak-agak nak cuba tak makan ABC salji ni?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN