Ambik dari mak metua.. seronok tau duduk kampung dapat belajar macam-macam resipi orang kampung yang dulu hidup susah.. cubalah buat untuk minum petang.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Sweet Pumpkin
Ambik dari mak metua.. seronok tau duduk kampung dapat belajar macam-macam resipi orang kampung yang dulu hidup susah.. cubalah buat untuk minum petang.
BAHAN-BAHAN
- 1 biji labu
- Gula melaka (ikut suka anda lagi banyak lagi manis)
- Air (untuk kurangkan termanis)
CARA PENYEDIAAN
- Potong labu anggaran saiz 4 inci x 5 inci.
- Masukkan dalam periuk, tutup dan hidupkan api (sedang). Jangan campur air..
- Tunggu dalam 10 minit, selepas tu periksa kalau-kalau dah empuk, jika ada air tapiskan dulu.
- Gula melaka dipanaskan hingga cair. Pastikan tak terlalu manis dan tak terlalu tawar.
- Selepas itu tuangkan ke dalam periuk berisi labu.
- Hidupkan api dan tutup periuk, pastikan api kecil, biarkan sehingga sebati atau air gula itu dah meresap ke dalam labu.
- Bila siap, makanlah (tak kisah sejuk atau panas). Sedap..kulit tu pun boleh dimakan sekali. Tapi pastikan dicuci bersih-bersih.. manalah tau tanah masih melekat..
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.