resipi pes

Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Pasti anda sedang mencari resipi mudah dan cepat untuk memasak ketika sahur dan berbuka kan? Apa kata jom sediakan 5 resipi pes ini untuk memudahkan anda memasak nanti.

Bila semua pes ini sudah tersedia, nak masak nanti tinggal cedok pes dan masukkan lauk pilihan masing-masing. Dalam masa 10 minit dah siap masak. Mudah kan? 5 pes tersebut adalah pes tomyam, pes sambal hijau, pes sambal, pes kari dan pes sup. Jom lihat resipinya di bawah.

5 RESIPI PES UNTUK SAHUR DAN BERBUKA

1. Pes Tomyam

resipi pes

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Cili besar merah
  • Cili api
  • Belacan
  • Udang kering
  • Ikan bilis
  • Sedikit garam & gula

Cara-cara:

  1. Potong semua bahan dan kisar.
  2. Tumis bahan kisar tadi sehingga pekat dan pecah minyak.
  3. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  4. Bila nak guna, cedokkan pes secukupnya dan didihkan dengan air, masukkan ikan, ayam, daging dan lain-lain.

2. Resipi Pes Sambal Hijau

Bahan-bahan:

  • Cili hijau besar
  • Cili api hijau
  • Cili api merah (sedikit)
  • Bawang putih
  • Bawang merah (sedikit)
  • Daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Kisar kasar kesemua cili dan bawang.
  2. Tumis sehingga garing dan naik minyak.
  3. Potong kasar daun ketumbar dan tabur ke atas pes.
  4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  5. Bila nak guna, cedokkan pes secukupnya dan didihkan dengan air, masukkan ikan, ayam, daging dan lain-lain.

3. Resipi Pes Sambal Homemade

resipi pes

Bahan-bahan:

  • Cili kering
  • Bawang besar @ Nawang merah
  • Asam keping
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula melaka

Cara-cara:

  1. Rebus cili kering sehingga lembut.
  2. Kemudian kisar cili kering dan bawang sehingga hancur.
  3. Tumiskan cili dan bawang tadi sehingga pecah minyak,
  4. Masukkan asam keping, belacan, garam dan gula melaka.
  5. Masak lagi sehingga pes naik minyak dan pekat.
  6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  7. Bila nak guna, cedokkan pes secukupnya dan didihkan dengan air, masukkan ikan, ayam, daging dan lain-lain.

4. Pes Kari

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Daun kari
  • Serbuk kari
  • Cili giling

Cara-cara:

  1. Separuh bawang dan halia dimayang nipis. Separuh lagi dikisar menggunakan blender.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia sehingga agak kekuningan.
  3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari. Tumis sehingga garing.
  4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
  5. Masak sehingga naik minyak.
  6. Masukkan cili giling dan masak lagi sehingga naik minyak dan pekat.
  7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  8. Bila nak guna, cedokkan pes secukupnya dan didihkan dengan air, masukkan ikan, ayam, daging dan lain-lain.

5. Pes Sup

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Serbuk perencah sup

Cara-cara:

  1. Separuh bawang dan halia dimayang nipis. Separuh lagi dikisar menggunakan blender.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia sehingga agak kekuningan.
  3. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga garing.
  4. Masukkan serbuk perencah sup yang telah dibancuh dengan air.
  5. Masak sehingga naik minyak dan pekat.
  6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  7. Bila nak guna, cedokkan pes secukupnya dan didihkan dengan air, masukkan ikan, ayam, daging dan lain-lain.

Kredit: Anna Naim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN