tetiba dapat ilham macam ni – hantam sajalahhh – untuk cecah ngan roti

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Bayam (for breakfast)

tetiba dapat ilham macam ni – hantam sajalahhh – untuk cecah ngan roti

BAHAN-BAHAN

  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang merah sederhana besar dihiris
  • 3 hirisan halia
  • sejemput udang kecil dikupas kulit
  • sejemput daging cincang (ayam, hirisan isi ikan pun ok)
  • air secukupnya (supnya)
  • 1 paket cream of chicken sup (knorr atau maggi atau tin campbell)
    dibancuh dengan air dan dikacau sehingga tidak berketul
  • 4 batang crabstick dimayang panjang
  • segenggam sayur bayam yang telah dibasuh bersih dan dimayang (anak-anak saya lebih suka banyak daun)
  • 1 biji telur dipukul
  • garam dan pepper
CARA PENYEDIAAN
  • tumis bawang putih, halia dan bawang merah
  • masukkan daging cincang, udang
  • masukkan air (mengikut kuantiti yang bersesuaian agar dijadikan sup) dan biarkan ia mendidih
  • masukkan bancuhan cream of chicken soup dan sentiasa kacau sehingga mendidih
  • masukkan telur (tuang perlahan lahan dari mangkuk dengan tangan kiri dan tangan kanan sentiasa mengacau sup itu perlahan-lahan agar boleh dapat keadaan telur dimasak dalam sup dalam keadaan panjang-panjang seperti rerambut)
  • masukkan crabstick dan bayam. biarkan terus mendidih sekejap. Garam dan pepper secukup rasa.
  • siap! dicadangkan makan ngan roti bakaq … sedap wacakap luuuuu …. sesuai juga dibuat breakfast sebelum anak-anak gi sekolah, dibuat sahur … pepandai la nak makan lagu mana pon …

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN