resipi semperit

Pasti ramai yang rasa teringin nak buat sendiri biskut raya untuk Hari Raya nanti kan? Tapi bila google resipi, agak renyah untuk dicuba. Jangan risau, apa kata jom cuba resipi semperit ini.

Resipi yang terpaling mudah untuk dicuba, lagi-lagi buat anda yang baru berjinak-jinak dalam bidang masakan. Sekali cuba buat, dijamin pasti akan menjadi. Jom lihat cara-caranya yang telah dikongsikan oleh Maa Shey Taa di bawah.

Baca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!

RESIPI SEMPERIT 3 BAHAN MUDAH

Bahan-bahan:

  • 1 pek tepung jagung 500gram
  • 1 pek butter
  • Susu pekat ½ tin
  • Ceri sebgai hiasan

Cara-cara:

  1. Mula-mula, satukan tepung jagung dan butter. Gaul menggunakan tangan sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan susu pekat. Gaul lagi sampai tak melekat pada tangan.
  3. Masukan adunan ke dalam acuan semperit dan tekan di atas dulang pembakar yang sudah di sapu dengan sedikit butter (supaya biskut tak melekat).
  4. Hiaskan ceri di atasnya.
  5. Akhir sekali bakar dalam ketuhar dengan suhu 150℃ selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Siap, mudah kan? Selamat mencuba ya.

Kredit: Maa Shey Taa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN