Sejenis dim sum yang disukai ramai dan paling senang dibuat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Siew Mai

Sejenis dim sum yang disukai ramai dan paling senang dibuat.

BAHAN-BAHAN

  • 500g ayam, dicincang
  • 100g isi udang, dicincang
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2-3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 cm halia, dicincang
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil gula halus
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • 1/2 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
  • *20 keping kulit wantan
  • *1-2 biji kuning telur masin, dibahagikan 20
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan semua bahan-bahan kecuali yang bertanda * sehingga sebati. Perap selama 30 minit.
  • Letak 1 sudu besar ayam yang telah diperap ke atas sekeping kulit wantan. Rapatkan sekelilingnya dan letak sekeping kuning telur masin di atasnya. Ulang sampai habis – 20 biji. (Saya tiada telur masin, letak cili je).
  • Kukus degan api besar selama 10-15 minit. Sedap dimakan panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN