roti sarang burung cheese

Roti Sarang Burung Cheese Guna Air Fryer, Breakfast SIMPLE Guna 5 Bahan Je!

Menu ini menggunakan roti putih gardenia dan dimasukkan dalam muffin cup. Kemudian, di tambah dengan telur, cheese dan juga black pepper. Dibakar sehingga garing dan betul-betul masak.

Baca juga: Resipi Scones Anti Gagal Guna Air Fryer, Sedap Macam Kat Cameron Highlands

Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Siti Hailia dari laman Facebook ini. Bahan-bahan yang digunakan pun tak renyah. Cuma menggunakan 5 bahan sahaja.


RESIPI ROTI SARANG BURUNG CHEESE

bahan roti sarang burung

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia
  • Telur
  • Black pepper
  • Cheddar cheese (Anchor)
  • Mozzarella cheese
  • Muffin cup (yang muat untuk sekeping roti)

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan satu keping roti dalam muffin cup.

2. Kemudian, letakkan sekeping cheddar cheese.

3. Pecahkan sebijik telur diatas cheddar cheese.

4. Taburkan black pepper.

5. Masukkan pula mazzarella cheese ikut sukatan yang anda suka.

6. Bakar dalam air fryer pada suhu 160C selama 10 minit.

7. Siap untuk dihidang!


Mudahkan? Sekejap je dah siap. Nak bakar pun tak lama, 10 minit je. Kalau perasan, sukatan untuk resipi ini adalah 1 roti bersamaan 1 telur dan 1 cheddar cheese.

Kalau beli kat bakary macam ni mahal juga rasanya. Selamat mencuba!

Baca juga: Popia Crab Seaweed Yang Rangup Dan Sedap, Sesuai Untuk Bawa Jamuan Raya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN