Menu sarapan yang mudah..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sandwich Roll

Menu sarapan yang mudah..

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus roti
  • 2 tin ikan sardin
  • 1 biji lada merah, hiris halus (kalau nak rasa pedas, boleh bubuh beberapa biji cili padi)
  • 2 biji bawang merah, hiris halus
  • 3 biji limau kasturi
  • Garam secukup rasa
  • Marjerin
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit tepung + sedikit air untuk dijadikan gam
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan periuk pengukus. Sementara itu asingkan ikan dengan sosnya. Kemudian lenyek ikan sardin sehingga lumat dengan garfu.
  • Masukkan lada merah, bawang dan garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
  • Masukkan air perahan limau. Sekiranya hendak rasa masam yang lebih, boleh tambah lagi.
  • Potong tepi semua roti. Kemudian masukkan 1 keping roti ke dalam periuk pengukus yang telah panas tadi. Kukus roti selama 30 saat @ sehingga roti lembut.
  • Keluarkan roti yang telah lembut dan masukkan roti yang seterusnya. Sapukan marjerin pada roti yang telah lembut dan isikan inti sardin. Gulung roti dan sapukan gam tepung. Ulanglah proses ini hingga roti habis.
  • Panaskan minyak. Pukul telur bersama sedikit garam dan serbuk lada sulah.
  • Gulingkan roti dalam telur, dan goreng sehingga perang. Siap…

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN