puding buah kastard

Resipi puding buah kastard ini sangat sedap dan mudah untuk dicuba.

Hanya guna 5 bahan utama, mak-mak dah boleh buat pencuci mulut untuk minum petang.

Lagi sedap dinikmati sejuk-sejuk dengan buah pilihan anda. Berbaloi-baloi buat sendiri!

Puding Buah Kastard Sedap & Mudah

Bahan-bahan puding:

  • 2 setengah cawan air
  • 4 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • 1 tin susu cair

Cara buat puding:

1. Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu, bila dah sebati baru hidupkan api perlahan.

2. Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih tutup api.

3. Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti.

Info: Texture puding ni bukan mcm agar-agar tau, dia lembik sebab saya suka blend dgn sos kastard nanti. Kalau nak keras sedikit. tambahkan 5 gram agar agar serbuk. Gaul dengan bahan diatas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar.

Bahan-bahan kuah kastard:

  • 2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula
  • Secubit garam

Cara buat kuah kastard:

1. Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru hidupkan api.

2. Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.

3. Tutup api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.

Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.

Makan sejuk2 insyaAllah sedap. Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.

puding buah kastard

Kredit: Muhammad Ali

Baca juga: Ada Roti Lebih Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Karamel Yang Lembut Elok

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN