Resipi untuk yang berdiet dan sesuai untuk makan malam.Cepat dan mudah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SALAD AYAM LEMON

Resipi untuk yang berdiet dan sesuai untuk makan malam.Cepat dan mudah.

BAHAN-BAHAN

  • 1.Satu ketul ayam bahagian dada(saiz ikut korang)
  • 2.Tomato ceri
  • 3.Salad
  • 4.Brokoli
  • 5.Bunga Kobis
  • 6.Serbuk Perasa
  • 7.Sos Sotong
  • sayur boleh diubah suai mengikut kesukaan masing-masing
CARA PENYEDIAAN
  • 1.Ayam yang dah dibersihkan dilumur garam sedikit dan dibiarkan dalam 10 minit.Kemudian dikukus(Separuh masak).Siap dikukus korang masukkan dalam kuali yang tak melekit dan masak sampai isinya keras(masak sepenuhnya) kemudian ketepikan(letak dalam pinggan).
  • 2.Semua sayur-sayur tadi kecuali salad aku kukus sekejap kemudian masukkan dalam kuali memasak ayam tadi.Kemudian masukkan sos sotong dan serbuk perasa(Pasti Sedap).Kacau sampai bunga kobis masak.Tak lama pon tak apa sebab dah dikukus.
  • 3.Dan yang terakhir masukkan salad.Salad tak perlu dimasak lama sebab kalau lembik dah tak sedap.Kemudian perahkan lemon saiz dalam gambar tadi dalam kuali.Kacau sehingga sebati.
  • 4.Hidangkan bersama ayam tadi.Lemon boleh diperah atas ayam tadi bagi yang suka rasa lemon pada ayam sebab ayam ni tiada rasa.
  • Siap untuk dijamah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN