resepi ikan bawal

Resepi ikan bawal 3 rasa ini sangat mudah untuk dimasak. Sesuai dijadikan lauk makan malam atau makan tengah hari.

Pertama sekali, kita perlu menggoreng ikan yang sudah dilumur sedikit garam sehingga rangup. Bila dah siap goreng ikan, kita akan buat kuah 3 rasanya pula.

Kuah yang siap dimasak akan disiram ke atas ikan yang sudah digoreng sehingga garing tadi. Memang sangat mengiurkan!

Nampak mudah saja cara penyediaannya kan? Jom kita cuba masak menggunakan resipi di bawah.

Baca juga: Percik Ikan Kembung Sedap ‘Dooh’, Buat Kuah Percik Sedap Guna Resipi Tradisi

RESEPI IKAN BAWAL 3 RASA

Bahan-bahan:

  • Ikan bawal
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Jus lemon
  • Bawang putih – diketuk
  • Bawang merah – dipotong dadu
  • Tomato – dipotong dadu
  • Cili – dipotong dadu
  • Nanas

Cara memasak:

1. Bersihkan ikan bawal. Gaul dengan garam sehingga rata. Kemudian goreng ikan sehingga garing. Bila dah garing, angkat dan ketepikan sementara kita buat kuah 3 rasa pula.

2. Tumis bawang putih yang sudah diketuk. Masukkan semua sos iaitu sos cili, sos tomato dan sos tiram.

3. Perahkan jus lemon supaya kuah ada rasa masam.

4. Letakkan garam serta gula secukup rasa.

5. Akhir sekali, masukkan bawang merah, tomato dan nenas yang sudah dipotong dadu.

6. Bila kuah dah siap, tuangkan ke atas ikan yang sudah digoreng garing tadi. Lagi sedap jika taburkan daun ketumbar ke atas ikan tadi.

7. Sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

resepi ikan bawal

Kredit: SuiSan Aliezha

Baca juga: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN