resepi siakap sweet sour

Ibu-ibu boleh cuba resepi siakap sweet sour ini di rumah. Selalunya hanya makan di kedai kan? Tapi mesti tak puas makan kerana harga untuk seekor ikan boleh tahan mahal juga.

Kalau buat sendiri di rumah, boleh masak lebih dari seekor ikan. Barulah lagi puas makan, siap boleh ratah lagi! Yang penting, lebih sedap dan jimat duit!

Jika ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Hairiyah Hassim di bawah, hasilnya sebiji sama seperti makan di kedai masakan Thai. Memang wajib cuba!

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Ala Stim Limau, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!

RESEPI SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-bahan A:

  • 5 sudu besar sos thai
  • 5 sudu besar sos cili
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji cili
  • Daun ketumbar

Bahan-bahan B:

Cara memasak:

1. Ratakan tepung jagung pada ikan siakap sehingga rata. Kemudian, goreng dengan minyak yang banyak sehingga masak dan garing.

2. Jika ikan sudah masak, angkat dan ketepikan seketika sambil kita buat kuahnya pula.

3. Tumis semua bahan A kecuali daun ketumbar. Tak perlu tambah garam dan gula kerana sos yang diletakkan sudah cukup rasa manis serta masin.

4. Tambahkan juga timun, tomato dan nanas jika suka.

resepi siakap sweet sour

5. Kemudian, tuangkan ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. Selamat mencuba!

resepi siakap sweet sour

Kredit resipi dan gambar: Nor Hairiyah Hassim

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Masak Taucu, Menu Ringkas Tapi Sangat Membuka Selera

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending