Kepada sesiapa penggemar kerang.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Rendang Kerang Warisan
Kepada sesiapa penggemar kerang.
BAHAN-BAHAN
- 1-1 1/2kg kerang direbus
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci lengkuas
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 1 batang serai
- 15-20 tangkai cili padi
- * Kisar bahan-bahan di atas*
- 1 sudu besar rempah kari
- 1 keping asam keping
- 2 sudu besar kerisik
- 1 sudu gula
- 1 1/2 cawam pati santan
- Garam dan bahan perasa secukupnya
- Daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan bahan untuk dikisar yang tertera di atas.
- Masukkan semua bahan dikisar tadi ke dalam kuali berserta pati santan, rempah kari, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.
- Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit.
- Masukkan kerang dan gaul sebentar.
- Tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula.
- Akhir sekali masukkan pula garam dan bahan perasa secukup rasa.
- Kalau sesiapa yang suka kering masak sehingga kering dan pada yang suka sederhana kering pun boleh ikut selera masing-masing.
- Selepas siap dimasak, matikan api dan siap untuk dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.