nasi sihat tanpa kanji

Nasi merupakan makanan ruji di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia. Dari sarapan hingga ke makan malam, nasi memang wajib ada atas meja hampir semua rakyat Malaysia.

Nasi juga merupakan sumber karbohidrat utama dalam diet seharian kita. Namun begitu, nasi mengandungi kandungan kanji yang agak tinggi.

Jika pengambilan makanan berkanji tidak terkawal boleh menyebabkan risiko terkena diabetes, penyakit jantung dan peningkatan berat badan. 

Sebelum semua ini berlaku, maka lebih elok jika kita mencegahnya dari awal dengan mengamalkan cara masak nasi sihat tanpa kanji ini.

Cara tersebut telah dikongsikan oleh Zinnirah Muthalif di laman sosial Facebook. Jom sama-sama baca perkongsiannya di bawah.

Cara Masak Nasi Sihat Tanpa Kanji

1. Jerang air dan didihkan. Sukatan air (3/4) atau agak-agak saja sampai penuh. Jangan penuh sangat, takut melimpah bila masuk beras nanti.

2. Basuh beras sebanyak 3 kali. Bila air dah mendidih, masukkan beras. Beras apa-apa pun boleh menggunakan cara ini.

nasi sihat tanpa kanji

3. Masukkan daun pandan jika suka, nasi akan bau lebih harum tapi tidak menjejaskan rasa nasi.

nasi sihat tanpa kanji

4. Biarkan mendidih selama 5 hingga 8 minit. Kalau nak tahu nasi dah lembut macam nasi atau tidak, picit beras sedikit. Bila dah lembut, boleh tutup api.

5. Bila dah angkat dari dapur, kanji akan mula kelihatan.

6. Tapis dan biarkan seketika. Kemudian masukkan semula dalam periuk dan tutup.

nasi sihat tanpa kanji

7. Kalau nak panaskan, letak atas api paling kecil dalam 2 minit.

nasi sihat tanpa kanji

Selepas dah ikut semua langkah ni, nasi sihat tanpa kanji sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kelebihan nasi yang dibuang kanji:

  • Tidak mudah basi
  • Rendah kanji dan gula
  • Sesuai dimakan untuk orang yang ada diabetes, orang tua dan orang yang nak diet
  • Tak leceh, 8 minit dah siap
  • Air kanji boleh guna untuk siram pokok, bagi minum kucing dan dijadikan masker muka.

Kredit: Zinnirah Muthalif

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN