Resipi daripada mak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Rendang Hati Ayam
Resipi daripada mak.
BAHAN-BAHAN
- 500gm hati ayam
- 4-5 biji bawang kecil
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- 1 sudu besar cili kisar (lebihkan jika suka pedas)
- 2 sudu rempah kari daging
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan kerisik (atau lebih)
- 4-5 urat kacang panjang (potong macam biasa)
- Garam secukup rasa
- Daun kunyit (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali kerisik & kacang panjang. Hati ayam akan mengeluarkan air, tunggu sehingga hati sedikit kecut. (Kalau terlalu kering sangat, tambah sedikit air).
- Masukkan santan. Bila agak-agak nak kering, masukkan kacang panjang. Akhir sekali masukkan kerisik. Rasakan garam.
*Kalau suka berkuah, tak payah tunggu sampai santan kering, agak-agak hati dah masak, boleh masukkan kerisik.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.