focaccia bread

Focaccia Bread ialah sejenis roti Itali yang mempunyai tekstur lembut di bahagian dalam dan permukaan luar yang rangup. Roti ini sering ditambah dengan pelbagai bahan untuk memberikan rasa dan aroma yang tersendiri.

Biasanya, ia dihidangkan sebagai roti sampingan dalam masakan Itali, selalunya sebagai alternatif kepada roti putih biasa. Proses membuat focaccia adalah serupa dengan membuat roti secara umum, tetapi penambahan minyak zaitun dan rawatan khas permukaan memberikan ciri yang berbeza.

Baca juga: Kenali Warna Tag Pada Bungkusan Roti Di Pasaran, Patutlah Berbeza!

Permukaan roti ini sering ditekan menggunakan hujung jari anda untuk membentuk lubang kecil yang akan diisi dengan minyak zaitun dan perasa sebelum proses membakar.

Ia boleh dinikmati sendiri sebagai snek atau dihiris kecil untuk dihidangkan bersama hidangan lain, seperti keju, daging atau hidangan berkuah. Roti ini sangat fleksibel dan boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis topping dan bahan, mengikut citarasa.

Ikuti resipi mudah dari perkongsian Cik Puan Ann Zainal ini. 


RESIPI FOCACCIA BREAD

Baru saja lepas lunch. Tangan mommy belum kering cuci pinggan periuk, baby dah buka peti nak snacking. Adik elok dibuai mimpi dalam rocking chair. Mommy lari ke dapur buat roti lah sikit.

Kita cuba buat focaccia bread. Nanti boleh makan dengan instant soup. Jenguk di balkoni ada bunga telang dengan bunga kuchai. Dalam peti ada daun kari bawak balik dari rumah mummy. Jadi, guna saja apa yang ada.  Ann sertakan resepi untuk yang nak mencuba.

focaccia bread

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat roti focaccia:

1. Campurkan tepung dan garam, buatkan lubang macam telaga di tengah, masukkan yis, gula kemudian air suam. Biarkan dalam 5 ke 7 minit.

2. Bila dah berbuih, masukkan dua sudu minyak zaitun, guna senduk kayu untuk kacau adunan.

3. Bila dah sebati, guna tangan untuk uli. Adunan akan jadi doh lembut, dalam 5 ke 10 minit macam tu. Doh tak perlu elastik.

4. Baki sesudu minyak zaitun tadi, tuang atas doh dan sapu keseluruhan permukaan doh.

5. Rehatkan doh sampai naik dua kali ganda.

6. Bila dah naik dua kali ganda, tumbuk-tumbuk doh, keluarkan angin.

7. Leperkan di atas dulang guna jari buat lubang-lubang. Biarkan doh naik lagi sekali.

8. Taburkan cheese dan letak apa-apa herbs yang suka. Boleh juga sapu minyak zaitun sebelum bakar.

9. Bakar pada 170C, selama 20 ke 25 minit atau sampai masak, ikut oven masing-masing. Siap.

focaccia bread


Selamat mencuba resipi roti Itali ini. Kalau ada breadmaker, memang lagi mudah nak buat. Memang sedap cicah dengan lauk berkuah.

Baca juga: Cinnamon Rolls @ Roti Gulung Kayu Manis Cara Mudah, Lembut Dan Gebu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN