
Tengah tonton K-drama, mesti terliur tengok mereka makan ayam pedas korea kan? Yang pasti, sesuai untuk pelbagai lapisan umur.
Istimewa ayam goreng ini adalah sos yang digunakan. Sos yang pedas, masam dan manis memang sedap untuk diratah begitu sahaja.
Jom tengok resipi oleh Cik Puan Liyanna yang dikongsikan oleh beliau melalui laman sosial Facebook.
Baca juga: Tip Rebus Barli Agar Tahan Lama, Barulah Tak Cepat Basi!
RESIPI AYAM PEDAS KOREA
Bahan-bahan:
- Ayam whole wing (akan dapat 2 bahagian: wing dan drummet)
- Ayam direndam/brine dalam tempoh 2 hingga 3 jam
- Biji lada hitam
- Daun bay
- Garam
- Air secukupnya (menutupi ayam)
- Tepung gandum
- Tepung Bestari
- Air (adunan tidak terlalu cair atau pekat)
- Tepung gandum
- Tepung beras
- Tepung Bestari (perisa garlic, spicy, atau original mengikut selera)
Bahan sos:
- Segenggam cili kering pedas (direbus dan dikisar)
- 4-5 ulas bawang putih
- 3 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- 3-4 sudu besar madu
- 3 sudu besar gula perang (boleh guna gula putih)
- Garam dan stok ayam
- 3 sudu besar serbuk cili
- 1-2 sudu besar cuka makan (masukkan apabila sos hampir masak)
- Minyak secukupnya untuk menumis
- 2 sudu besar bijan (disangai, separuh masuk dalam sos dan separuh lagi untuk tabur atas ayam selepas disapu sos)
Sukatan ini untuk 17 keping whole wing ayam. Jika ingin buat dalam kuantiti sedikit, kurangkan sukatan bahan-bahan.
Cara memasak:
1. Rendam ayam dalam air yang dicampur dengan biji lada hitam, daun bay, dan garam selama 2-3 jam.
2. Selepas rendam, campurkan ayam dengan campuran tepung gandum, tepung Bestari, dan air sehingga adunan tidak terlalu cair atau pekat.
3. Salut ayam dengan campuran tepung gandum, tepung beras, dan tepung Bestari mengikut selera.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dan keemasan.
5. Tumis cili kering yang telah dikisar bersama bawang putih. Masukkan sos tomato, sos cili, madu, gula perang, garam, stok ayam, dan serbuk cili. Apabila sos hampir masak, masukkan cuka makan. Akhir sekali, tambahkan bijan sangai.
6. Gaulkan ayam goreng dengan sos sehingga rata. Taburkan bijan sangai di atasnya.

Ayam pedas korea kini sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Related Posts
Resipi 20 Minit Siap
Resipi Popular
Resepi Ayam Cili Kering Simple, Dah Cuba Gerenti Angau Sampai Seminggu!
Kepak Ayam Lemon Pepper, Resipi Viral Lebih 400K Views, Guna SEASONING Ini
Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Padu, Kuah Pekat Lemak & Pedas Cili Padi Menyengat!
Telur Gulung Korea (Korean Eggroll) Yang SIMPLE, Anak-Anak Mesti Suka!
Kek Kukus Coklat Lembut & Gebu Hanya Guna Blender Tanpa Mixer, Hasilnya Sangat ‘Moist’!
Artikel Popular
Resipi Kuih Bakar Guna Blender, Cara Mudah Tapi Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam
Cucur Kodok Pisang Ala Four Seasons Langkawi, Resipi Viral Yang Rangup & Gebu!
Udang Kam Heong Versi Pedas Manja, Wanginya Sampai Jiran Pun Boleh Bau
Jangan Buang Kulit Ubi Kentang! Rupanya Boleh Buat Kerepek Rangup Untuk Kudap-Kudap
PlayMade Buka Kafe Boba ‘Handmake’ Pertama Di Malaysia
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














