Resipi dari internet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pastry Samosa

Resipi dari internet.

BAHAN-BAHAN

  • 225g tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 80ml air suam
  • Inti samosa (ikut selera masing2)
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan tepung dan garam, gaul hingga sekata.
  • Masukkan minyak sayuran dan air suam, gaulkan hingga menjadi doh.
  • Uli doh sehingga licin, tutup dengan plastic wrap dah rehatkan selama 30 minit. (suhu bilik)
  • Bahagikan doh kepada 12 bahagian.
  • Bulatkan setiap bahagian dan canai menjadi bulatan lebih kurang 15cm diameter. Potong kepada dua bahagian.
  • Ambil satu bahagian, sapukan air sekeliling tepi pastry dan bentukkan menjadi cone.
  • Masukkan inti samosa dan lipatkan bahagian yg terbuka, menjadi segitiga.
  • Goreng dlm minyak sederhana panas, hingga keemasan.
  • Biasanya, inti samosa ni jenis savory – i.e. kentang, sayur-sayuran, ayam, daging. Tapi boleh juga guna inti manis – i.e. kacang, kelapa, creamcheese etc. Terpulang ikut selera masing2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN