sos black pepper viral

Jom cuba resipi sos black pepper viral yang merupakan hasil perkongsian oleh Cikgu Afy AL Habibi. Resipi ini juga telah mendapat lebih 13 ribu perkongsian di laman sosial Facebook.

Ramai dah cuba dan bersetuju resipi ini tersangatlah sedap kerana sesuai dengan citarasa. Rasanya juga tidak muak.

Nak cuba? Ikut saja resipi lengkap di bawah. Semoga bermanfaat!

Resipi Sos Black Pepper Viral

Bahan-bahan:

  • 3/4 sudu besar planta
  • 1 ulas bawang putih (racik halus)
  • 1 tin sos spaghetti keju
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu serbuk cheese (jika ada)
  • 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis
  • 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar
  • 3/4 sudu kecil gula

Cara-cara:

1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. Masukkan bawang putih, tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap).

Tambahkan air suam 1 cawan atau lebihkan jika pekat.

3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese jika ada. Kalau ada lagi sedap.

4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemakmanis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap.

sos black pepper viral

5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar.

6. Masukkan juga gula sedikit demi sedikit jika risau terlalu manis. Kacau sebati.

7. Tutup api setelah semua rasa sebati.

sos black pepper viral

Siap untuk sos black pepper viral. Sesuai dimakan dengan lamb chop, chicken chop, chicken grill dan sebagainya.

sos black pepper viral

Kredit: Afy AL Habibi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN