Sayur brocoli ala barat..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pasta dengan Brocoli dan keju ‘cheddar’

Sayur brocoli ala barat..

BAHAN-BAHAN

  • 1) 250 g (8 oz) ‘whole wheat’ pasta
    2) 250 g (8 oz) brokoli, dihiris kecil-kecil
    3) 125 g (4 oz) keju cheddar- dihiris nipis
    4) 50 g (2 oz) mentega
    5) 125 ml ‘white sauce’
    6) garam dan lada putih secukup rasa
  • Bahan -bahan untuk ‘white sauce’
  • 1) 25 g (1oz) mentega
    2) 25 g (1oz) tepung
    3) 450 ml (3/4 pint) susu segar
    4) sedikit lada putih
  • Cara-cara membuat ‘white sauce’
  • Cairkan mentega dan masukkan tepung. Masak dengan api sederhana, gaul 1-2 minit. Alihkan dari api dan masukkan susu segar perlahan-lahan. Panaskan semula sehingga mendidih dan kacau sehingga sos pekat dan naik sekali ganda. Tambah garam dan lada putih se
CARA PENYEDIAAN
  • Didihkan air bercampur sedikit garam. Masukkan pasta dan biarkan masak hingga 8-12 minit sehingga agak lembut.
  • Kemudian celur brokoli ke dalam air didih tadi sehingga brokoli dan pasta lembut. Angkat dan toskan.
  • Panaskan kuali dan masukkan keju ‘cheddar’, mentega dan ‘white sauce’. Panaskan dengan api sederhana dan kacau sepanjang masa agar tidak berketul-ketul. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Masukkan pasta dan brokoli ke dalam kuali dan gaul hingga sebati dengan sos tadi.
  • Hidanglah panas-panas

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN