nasi lambat basi

Siapa yang selalu mengalami masalah nasi cepat basi wajib baca perkongsian ini sehingga habis. Hanya dengan meletakkan bawang putih semasa memasak nasi, dijamin nasi akan menjadi lambat basi.

Bukan itu sahaja, banyak kelebihan bawang putih yang ramai tak tahu iaitu dapat membuang angin dalam badan dan banyak lagi manfaat lain buat untuk tubuh badan manusia.

Petua ini telah dikongsikan oleh Imy R Saidin di laman sosial Facebook. Menurutnya lagi, sudah hampir 3 tahun beliau mengamalkan cara ini, anak-anak juga jarang sakit dan demam. Jom lihat perkongsian lengkap olehnya di bawah.

Petua Supaya Nasi Lambat Basi Guna Bawang Putih

Petua Sihat dari Dapur

Letak bawang putih 3-5 ulas masa masak nasi. Dah 3 tahun + saya amalkan, anak-anak jarang sakit.. Alhamdulillah. Dulu tiap bulan demam.

Selain sihat, nasi juga lambat basi. Juga bagus untuk buang angin, insyaa Allah.

Nota : Ramai yang komen, nasi bau bawang tak? Maaf ya, tak sempat jawab satu2. Pada saya baunya tak sampai jejaskan rasa nasi. Bagi yang nak hilangkan bau bawang, boleh letak daun pandan untuk lebih wangi.

Kredit: Imy R Saidin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN