cara buat puff sardin

Rupa-rupanya ada cara buat puff sardin macam Stesen Minyak Shell. Mudah rupanya nak membuatnya! Seronok juga kalau dapat makan puff sardin kan.

Cara nak buat pun mudah. anda ikuti sahaja resipi puff sardin kat sini. Ringkas dan tak guna bahan yang banyak pun dalam penyediaannya. Guna pastry segera lagi mudah! Terus rasa macam makan puff kat bakery.

Kalau setiap kali pergi stesen minyak Shell, memang wajib beli puff sardin untuk dipadankan dengan costa coffee.

Baca juga: Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Satu Jug Simpan Dalam Peti, Lagi Lama Lagi Sedap!

Tapi, bila tahu ada cara paling mudah nak buat. Rasa rugi pula kalau tak cuba kan. Makan panas-panas baru syok! Anda nak tukar apa jenis inti yang disukai pun boleh.

Resipi puff sardin ini telah di kongsikan oleh seorang pengguna iaitu Mastura Razali. Mudah sangat untuk korang follow sebab resepi ni jelas dan mudah nak faham. First time baking pun boleh buat.

Jom kita cuba!


Resipi Puff Sardin Ala Stesen Minyak Shell

Bahan-bahan:

  • Kulit pastry (Guna kulit pastry yang kecil je dalam 10 keping)
  • Sardin
  • Bawang putih
  • Bawangholland
  • Cili
  • Garam
  • Gula
  • Kuning telur

Cara-cara penyediaannya:

Inti Sardin:

1. Mula-mula hancurkan sardin.

2. Kemudian, tumis bwang putih, bawang holland dan cili sampai garing.

3. Seterusnya, masukkan sardin dan masak sampai agak kering.

4. Perasakan dengan garam dan gula. Siap untuk inti sardin!

Puff Sardin:

1. Ambil pastry dan potong macam gambar di atas. Dan masukkan inti.

2. Lipat segi tiga pastry dan tekan dengan garfu.

3. Sediakan kuning telur dan sapu atas pastry.

4. Tabur pasley, kalau takde abaikan je.

5. Sedia untuk di bakar. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit. Siap!

Sedia untuk di nikmati panas-panas! Wah nikmatnya. Kalau beli kat kedai biasanya dah tak dapat yang panas macam ni.

Beli kat kedai, sampai rumah dah sejuk. Buat sendiri lagi puas hati kan. Nak buat banyak mana pun boleh. Puas nak makan nanti.

Selamat mencuba!


Sumber: Mastura Razali

Baca juga: Roti Sangkaya Ala Boat Noodle, Hanya Guna 6 Bahan Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN