Resipi mudah dan sedap..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Marble Cheese Brownies

Resipi mudah dan sedap..

BAHAN-BAHAN

  • 250 gram butter
  • 1 cawan serbuk koko
  • 3 biji telur
  • 1 setengah cawan gula kastor
  • 1 setengah cawan susu cair
  • 1 setengah cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bicarbonate soda
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Lapisan cheese:
  • 250 gram cream cheese
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan butter, masukkan serbuk koko setelah butter cair dan kacau.
  • Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula.
  • Masukkan adunan butter tadi perlahan-lahan dan kacau.
  • Tambahkan susu cair, tepung gandum, baking powder, bicarbonate soda dan esen vanilla satu persatu dan kacau.
  • Panaskan oven, gris loyang dan masuk adunan dalam loyang. Tinggalkan 2 atau 3 sudu adunan dan masukkan dalam piping bag. Bakar adunan dalam loyang selama 20 – 30 minit.
  • Untuk lapisan cheese: putar cream cheese hingga gebu, masukkan gula dan kemudian telur.
  • Keluarkan brownies yang siap dibakar tadi. Masukkan adunan cheese di atasnya. Pipe adunan brownies dan buat corak menggunakan lidi. Mula2 buat belang2 pastu amik lidi n tarik dgn lidi belang2 tadi. nak buat bulat2 pun bole, tarik dari tengah ke tepi atau selang seli dari tepi ke tengah
  • Bakar semula selama 15 – 20 minit. Hias kek mengikut citarasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN