Kalau orang yang minat donut, mesti mereka sukakan donut yang gebu dan tidak serap minyak yang berlebihan. Korang pernah cuba donut kentang tak? Donut ini pernah popular satu masa dahulu dan tak dinafikan, sampai sekarang menu ini masih menjadi kesukaan ramai. Jadi korang boleh lah cuba buat sendiri di rumah dan jadikan hidangan untuk minum petang. Anak-anak mesti suka! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ibu Resepi  di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

DONUT KENTANG GEBU

Kalau orang yang minat donut, mesti mereka sukakan donut yang gebu dan tidak serap minyak yang berlebihan. Korang pernah cuba donut kentang tak? Donut ini pernah popular satu masa dahulu dan tak dinafikan, sampai sekarang menu ini masih menjadi kesukaan ramai. Jadi korang boleh lah cuba buat sendiri di rumah dan jadikan hidangan untuk minum petang. Anak-anak mesti suka! Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ibu Resepi  di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg tepung gandum

  • 3 biji ubi kentang   (rebus dan lenyek)

  • 3 sdb marjerin

  • 1 bungkus mauripan

  • 3 sdb gula

  • 1 cawan air suam

  • Air

CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan air suam, mauripan dan gula.

  • Biarkan ia sehingga kembang.

  • Dalam bekas lain lenyekkan ubi bersama marjerin. Masukkan tepung dan gaul sebati.

  • Selepas mauripan sudah kembang terus masukkan dalam adunan tepung sambil diuli.

  • Selepas itu, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tadi betul-betul sempurna.

  • Ambil doh tadi tekan dengan acuan donat. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.