Bagaimana cara nak masak Kerabu Mi Segera?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kerabu Mi Segera
Bagaimana cara nak masak Kerabu Mi Segera?
BAHAN-BAHAN
- 3 bungkus mi segera perasa tomyam
- 2 sudu makan minyak masak
- 6 batang stik ketam (Dipotong kecil)
- 3 ekor sotong (Dipotong kecil)
- 3 batang serai (dihiris halus)
- ½ batang lobak merah (Dihiris)
- 1 pokok daun ketumbar (Dihiris)
- 2 biji cili hijau (Dihiris)
- 2 biji cili merah (Dihiris)
- 1 biji tomato
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 sudu teh gula
- Garam secukup rasa (sekiranya perlu)
CARA PENYEDIAAN
- Didihkan air dan celur mi segera sehingga lembut. Tuskan.
- Masukkan ke dalam mangkuk besar dan gaulkan dengan minyak masak dan perencah tomyam.
- Celurkan stik ketam dan sotong dengan sedikit air.
- Masukkan serai, stik ketam, sotong, bahan yang dihiris, tomato, bawang besar, jus limau nipis, gula, dan garam (sekiranya perlu) ke dalam mangkuk dan gaul rata.
- Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.