resepi nasi daging

Pasti ramai yang belum pernah cuba resepi nasi daging utara kan? Sekali kali cuba pasti akan jatuh cinta dan nak repeat banyak kali!

Nasi Daging dipercayai berasal dari Kedah dan popular di sekitar utara tanah air. Oleh itu, ia agak sukar untuk didapati selain di Kedah kerana tidak ramai yang menjualnya.

Kelazatan menu ini juga terletak pada air asam dan cara penyediaannya. Oleh itu, jika ada yang nak belajar cara betul memasak nasi daging, boleh ikuti resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Rindu Nasi Minyak Kenduri? Jom Buat Sendiri Kat Rumah Ikut Resipi Ini

Air Rebusan Daging  & Sup

Bahan-bahan A:

  • 2 inci halia*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 sdb lada hitam*
  • 1 kg daging lembu
  • 1 sup bunjut
  • 2 sdb rempah sup
  • 4L air

Bahan-bahan B:

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar bahan-bahan bertanda (*). Masukkan bahan kisar dan bahan (A) yang lain ke dalam periuk. Masak sehingga daging empuk. Tambahkan lagi air sekiranya perlu.

2. Tapiskan air rebusan. Asingkan daging dan air rebusan yang secukupnya untuk memasak nasi.

3. Potong daging kepada ketulan kiub & ketepikan.

4. Panaskan semula baki air rebusan daging. Perasakan dengan garam secukupnya.

5. Taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Nota: Daging juga boleh direbus dengan menggunakan periuk tekanan.

resepi nasi daging

Resepi Nasi Daging

Bahan-bahan:

  • 4 sdb mentega
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 helai daun pandan
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 sdb rempah sup
  • 1 biji tomato (cincang kasar)
  • 4 cawan beras
  • Daging rebus yang telah dipotong
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sdb pati ayam/ 1 ketul kiub pati ayam
  • 2 pokok daun ketumbar
  • Segenggam kismis
  • Segenggam bawang goreng

Cara-cara:

1. Cairkan mentega di dalam periuk.

2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga daun pandan, hirisan bawang besar dan hirisan bawang putih. Tumis seketika.

3. Masukkan pula rempah sup & tomato. Gaul rata.

4. Masukkan beras, daging rebus yang telah dipotong, air rebusan daging, susu cair & pati ayam. Kacau rata.

5. Tutup periuk. Masak nasi dengan api kecil sehingga masak (20-30 minit).

6. Pada ketika nasi ¾ masak, masukkan daun ketumbar, kismis & bawang goreng.

Nota:

  • Boleh tambahkan sedikit minyak sapi ketika menumis
  • Boleh gantikan/ tambahkan rempah sup dengan rempah kurma
  • Nasi ini boleh dimasak di dalam periuk nasi seperti biasa

resepi nasi daging

Resepi Air Asam Kerisik:

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang besar*
  • 30 biji cili padi*
  • 3 biji tomato*
  • 3 sdb asam jawa
  • 1 cawan air
  • 1 sdb belacan
  • 2 sdb kerisik
  • 2 biji limau nipis
  • 2 sdb gula pasi
  • 1 sdb budu/ sos ikan

Cara-cara:

1. Hiris bahan² yang bertanda *.

2. Bancuh asam jawa dengan air. Tapis & ambil airnya sahaja.

3. Sediakan bekas/ mangkuk. Masukkan bahan yang telah dihiris, air asam jawa, belacan, kerisik, jus limau nipis, gula pasir & budu. Ramas²kan & sedia untuk dihidangkan bersama nasi daging.

Nota: Boleh gantikan budu/ sos ikan dengan garam.

Kredit resipi dan gambar: Noor Ashikin Serah

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Nak Buat, Sama Sedap Macam Di Kedai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN