Lapisan kek dan puding karamel.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Puding Karamel

Lapisan kek dan puding karamel.

BAHAN-BAHAN

  • Karamel:
  • 60g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air
  • Puding:
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • Sedikit esen vanila
  • Kek span:
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
CARA PENYEDIAAN
  • Sapukan loyang dengan mentega lembut. Panaskan oven ke 170 darjah. Cairkan mentega dan ketepikan.
  • Sediakan karamel: Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  • Sediakan puding: Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  • Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  • Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  • Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  • Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  • Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  • Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  • Akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (Adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. jadi puding tu tak payah kukus atau bakar dulu).
  • Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN