daging masak cili

Tiada idea nak masak apa menggunakan daging? Jom kita sama-sama cuba masak daging masak cili yang sedap ini.

Boleh simpan resipi untuk bulan puasa nanti, confirm berselera kalau makan waktu sahur. Satu lauk ini pun dah cukup untuk makan dengan nasi panas.

Nak cuba? Ikut saja resipi lengkap di bawah ini ya! Selamat mencuba.

CARA BUAT DAGING MASAK CILI

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Kunyit
  • Garam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Halia
  • Sos cili
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
  • Kacang panjang
  • Gula

Cara-cara:

1. Gaulkan daging dengan garam dan kunyit.

2. Gorengkan dalam minyak panas.

3. Masak dalam 80% sahaja.

daging masak cili

4. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi.

5. Tumis bahan kisar dalam minyak bekas goreng daging tadi. Masukkan juga hirisan halia.

6. Bila dah pecah minyak, masukkan sos cili, kicap pekat dan sos tiram. Kacau rata.

7. Masukkan daging tadi.

daging masak cili

8. Masukkan juga kacang panjang dan bawang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

9. Gaul rata dan siap!

daging masak cili

Kredit: Siti Mariam Zainon

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN