ayam goreng mamak

Resipi Ayam Goreng Mamak ini telah dikongsi oleh Puan Har Ryea di laman sosial Facebook.

Menurutnya, ayam goreng ini dimasak oleh anaknya dan hasil ayam goreng ini sangat rangup sehingga kedua-dua ibu dan anak susah nak berhenti makan.

Kalau ada yang nak cuba buat, ikut saja cara-cara lengkapnya di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Ayam Bakar Thai Ala Resipi Khairul Aming, Cicah Dengan Sos Pedas Padu Gais!

RESIPI AYAM GORENG MAMAK

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (bersihkan)
  • 2 cawan tepung jagung*
  • 3 sdb tepung beras*
  • 1 sdb serbuk kari daging*
  • 1 sdb jintan manis*
  • 1 sdb jintan putih*
  • 1 sdb maggi cukup rasa*
  • 2 biji telur*
  • 2 inci halia – dikisar
  • 5 ulas bawang putih – dikisar
  • Garam & ajinomoto*
  • Sedikit air *
  • Pewarna oren & merah (agak-agak ya)*
  • Beberapa helai daun kari

Cara-cara:

  1. Dalam mangkuk, masukkan semua bahan-bahan bertanda (*) dan bahan-bahan kisar. Gaulkan sebati dengan air sedikit demi sedikit sehingga seerdahana pekat. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Perap lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  3. Panaskan minyak, kemudian boleh mula menggoreng ayam. Masukkan juga 6 helai daun kari. Goreng sehingga garing dan wangi.
  4. Angkat ayam bersama daun kari.
  5. Ulang menggoreng sehingga ayam habis.
  6. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Har Ryea

Baca juga: Cara Masak Chicken Peratal Yang Mudah Tapi Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN