Enak dan mewah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Amerika

Enak dan mewah.

BAHAN-BAHAN

  • 230 g mentega (pada suhu bilik)
  • 300 g gula aising, diayak
  • 2 camca teh esen vanila
  • 3 biji telur Gred A
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu segar
  • 1 camca besar serbuk penaik*
  • 235 g tepung halus (tepung gandum pun ok)* (*digaul rata dan diayak)
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang kasar (jika suka)
  • Untuk ganache:
  • 250 g coklat masakan
  • 50 g mentega
  • 150 g krim segar (‘dairy whipping cream’)
  • Untuk hiasan:
  • 2 camca besar kepingan badam, dipanggang hingga kuning keemasan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan susu segar hingga suam, masukkan serbuk koko dan gaul hingga sebati. Biarkan sejuk.
  • Pukul mentega dengan gula aising hingga putih.
  • Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan kembang dan gebu.
  • Menggunakan kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan bancuhan koko tadi hingga habis. Gaul rata.
  • Dengan menggunakan spatula gaulkan kacang walnut ke dalam adunan kek hingga rata.
  • Lenserkan acuan kek ( 11 x 4 ) inci dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Ketuk keluar lebihan tepung. Jika menggunakan tin kek ( 8 x 8 x 3) inci, alas dasar tin dengan kertas minyak.
  • Tuang adunan kek ke dalam acuan dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C dan bakar selama 40 – 45 minit. Kepanasan bergantung pada oven masing-masing. Uji dengan cara mencucuk lidi sate di bahagian tengah adunan dan jika lidi tersebut keluarnya bersih itu menandakan kek telah masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Hias dengan ganache dan boleh lah ditaburkan kepingan badam panggang jika suka.
  • Untuk ganache:-
    Cairkan coklat secara ‘double boiler’ (dengan cara meletakkan coklat di dalam mangkuk tahan panas dan mangkuk itu di tenggekkan atas air mendidih) hingga coklat cair. Masukkan krim segar dan gaul rata. Matikan api dan angkat bekas coklat tadi, masukkan mentega dan gaul hingga sebati dan berkilat. Biarkan suam dan tuang di atas kek.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN