resepi tart telur

Resepi tart telur ini wajib dicuba oleh peminat pastri. Tekstur kulitnya yang rangup, rapuh dan inti kastard yang gebu menjadi penyebab utama kenapa ia digemari ramai.

Kuih ini juga dikenali sebagai ‘tart kastard telur’ yang mula diperkenalkan di Hong Kong pada tahun 1940-an.

Buat mereka yang sering membelinya pasti tahu betapa ‘keras’ harga tart ini. Harga untuk beberapa biji tart boleh mencecah puluhan ringgit.

Oleh itu, apa kata jom kita cuba belajar membuatnya sendiri di rumah. Kalau dah pandai buat, tak perlu beli dah! Memang jimat dan puas hati.

Baca juga: Hanya Guna Kulit Paratha Segera, Mudahnya Nak Buat Portuguese Egg Tart!

RESEPI TART TELUR RANGUP DI LUAR & LEMBUT DI DALAM

Bahan-bahan kulit:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar butter/marjerin
  • 1 biji telur
  • 2 sudu gula aising
  • 1 sudu kecil garam (rata)
  • Esen vanilla

Cara-cara buat kulit:

1. Campur tepung gandum, gula aising dan garam. Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Uli sehingga menjadi doh.

3. Sapu marjerin pada loyang sebelum terapkan doh untuk elakkan ia melekat. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembang semasa dibakar.

4. Bakar pada suhu 175℃ selama 15 hingga 20 minit.

Bahan-bahan inti:

  • 100 ml air panas
  • 150 ml susu segar/susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Esen vanilla

Cara-cara buat inti:

1. Larutkan gula pasir dengan air panas. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan juga esen vanilla.

2. Masukkan telur dan tepung kastard. Kacau rata semua bahan menggunakan whisk dan tapiskan.

3. Selepas 15 minit bakar kulit tart, keluarkan dari oven dan terus tuang inti ke dalam kulit.

resepi tart telur

4. Masukkan semula ke dalam oven dan sambung bakar selama 25 hingga 30 minit pada suhu 175℃. Selamat mencuba!

resepi tart telur

Kredit resipi dan gambar: Che Amira Halim

Baca juga: Jom Belajar Buat Kulit Tart, Tak Susah Mana Pun & Boleh Buat Niaga Juga!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN