Rupanya kita boleh buat sendiri sup bunjut di rumah. Tak perlu pergi beli ke kedai setiap kali stok habis. Tentu ibu-ibu sudah tidak asing lagi dengan kegunaan sup bunjut.
Sup bunjut merupakan salah satu bahan utama yang sering digunakan untuk menyediakan hidangan sup yang sedap dan lazat, terutamanya sup daging.
Baca juga: Bihun Sup Ala-Ala Vietnam (Pho Noodle), Nikmat Hirup Kuah Panas-Panas
Sebenarnya sup bunjut ini boleh dibuat sendiri dirumah. Hanya perlukan beberapa bahan sahaja, tinggal satukan dan bungkus sahaja. Boleh buat banyak ikut keperluan, bila nak guna tinggal ambil sahaja. Mari ikuti perkongisan oleh Delihayat Kitchen di bawah ini.
BUAT SENDIRI SUP BUNJUT UNCANG
Bahan A (untuk 1 bunjut):
- 1 keping kulit kayu manis – pecahkan jadi kecil, ambil sedikit sahaja
- 1 kuntum bunga lawang – ceraikan
- 3 kuntum bunga cengkih
Bahan B (dipecah-pecahkan):
- 1 sudu makan ketumbar
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh lada putih
- 1/2 sudu teh jintan manis 3 biji buah pelaga – pecahkan
- Secubit biji sawi
- Secubit biji kas-kas – jika tiada, boleh abaikan
CARA MEMBUAT:
1. Ambil bahan B dan pecah-pecahkan (tumbuk sedikit sahaja).
2. Kemudian masukkan bahan A dan B ke dalam kain kasa (kain balut luka). Kain ini boleh dibeli di farmasi.
3. Bentukkan uncang dan lilit menggunakan benang. Sedia untuk digunakan dalam masakan.
Boleh buat dalam jumlah yang banyak dan simpan uncang sup bunjut dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama. Selamat mencuba!
Selamat mencuba.
Baca juga: Teknik Cuci Pinggan Mangkuk Lekat Lemak Sup, Guna Satu Bahan Ini
Sumber: Delihayat Kitchen
Related Posts
Resipi Popular
Nasi Kari Kambing/Daging Versi Ekspres Senang & Cepat
Lepat Boko Ubi Kayu Yang Sedap, Peniaga Ini Kongsi Resipinya
Resipi Mac & Cheese Super Sedap, Cara Mudah Guna 3 Langkah Saja!
Cara Buat Sendiri Sos Keropok Lekor, Resipi Original Dari Terengganu
Brownies Kedut Gerenti Jadi, Ada 5 Bahan Ni Dah Boleh Buat!
Artikel Popular
Resipi Lempeng Sedap Tanpa Guna Telur, Tetap Gebu & Lembut Sampai Petang!
Resipi Kuih Sagu Merah, Rasa Manis & Tekstur Kenyal Sedap Dikunyah!
Chicken Chop Sebenarnya Dari Malaysia? Mat Salleh Ini Dedahkan
Puding Cheese Mangga 3 Layer, Nak Kemas Dan Terpotong Cantik Ada Caranya
Cara Kupas Manggis Tanpa Kotorkan Tangan, Lelaki Ini Tunjuk Ajar
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!