bagi yg dah lama tringin nak masak sndiri kari ayam mamak style jom cuba resepi ni. ni berkat ehsan jiran sebelah rumah yg bagi. sebab dia india muslim. memang best n beraroma la kari ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari ayam mamak style

bagi yg dah lama tringin nak masak sndiri kari ayam mamak style jom cuba resepi ni. ni berkat ehsan jiran sebelah rumah yg bagi. sebab dia india muslim. memang best n beraroma la kari ni.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam – dipotong ikut saiz yg anda suka
  • bahan a) 10 biji bawang putih dan 3 inci halia – diblender.
  • bahan b) 1 biji bwang bsar, dihiris2. 4 tangkai daun kari, 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga lawang
  • bahan c) 2 biji tomato, 2 btg serai diketuk dan 2 helai daun pandan
  • bahan d) 8 sb serbuk kari ayam baba’s ( bleh kurangkan sukatannya) dcmpur dgn 1/2 sk srbuk kunyit dan cmpur plak dngn serbuk cili kering (byknya ikut yg anda suka la serbuk cili ni. lagi pedas, lagi best) dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat. se
  • ubi kentang – ikut suka byk mana
  • 3/4 santan atau susu cair
  • bahan e) serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis. kuantiti, ikut yg anda suka
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • tumis bahan a) sehingga naik bau kemudian masukkan bahan b) dan bahan c). Tumis hingga daun kari agak garing.
  • masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm….pasti memikat. ni la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai n pandan tu. tumis lebih kurang 3 minit. pastikan anda masak dgn api perlahan. ni ikut petua yg jiran sya bagi tu la.
  • masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula. biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
  • tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih.
  • bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan d) masukkan bahan e). masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati. ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan. kalau nak dapatkan rasa yg lazat. jd kena ikut petua la ni.
  • bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan/susu cair dan garam. mengikut kata jiran saya ni garam masuk last. tapi kalu sya, dah cuba sebelum ni, bleh gak masukkan awal2, masa menumis ayam tu. . kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.
  • ayam kari ni memang enak sangat dimakan bersama ayam goreng berempah lemon sytle mamakyg memang meletup rasanya. nanti ada kelapangan, saya bagi resepinya ye. selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN