puding oren karamel

Jom buat Puding Oren Karamel untuk pencuci mulut berbuka nanti. Memang rasa segar dan sedap dengan kombinasi antara oren dan karamel ini. Cara-cara nak buat pun memang mudah dan ringkas!

Hanya menggunakan air kordial F&N perisa oren dan gula yang dicairkan untuk karamel sebagai bahan utama, memang sekejap je dah boleh buat!

Baca juga: Puding Gula Hangus Mini, Mudah Dan Senang Nak Makan, Buat Stok Banyak Pun Laku!

Selalu air kordial ini memang kita buat untuk bancuhan air saja kan, tapi dessert pun boleh buat juga tanpa perlu kisar buah-buahan untuk dapatkan jusnya. Tinggal sukat je.

Nak buat idea sebagai juadah rumah terbuka nanti pun tiada masalah. Tinggal simpan siap-siap resipi ini nanti untuk dicuba. Jom kita lihat cara-caranya di bawah.


RESIPI PUDING OREN KARAMEL GUNA KORDIAL F&N

puding oren karamel

Saiz Hidangan:  6 Cawan / Bekas 

Bahan-bahan karamel:

  • 50ml air
  • 80g gula pasir

Bahan-bahan puding telur:

  • 150g krim putar
  • 150ml susu segar magnolia F&N
  • 150ml kordial oren F&N
  • 2 biji telur
  • 4 biji kuning telur
  • 4 sudu besar gula

Bahan hiasan:

  • 1 kepingan oren
  • 1/2 sudu teh gula

Cara-cara membuatnya:

1. Untuk membuat karamel, masukkan gula dan air dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan, terus goyangkan periuk sehingga gula larut dan sehingga keperangan.

2. Tuangkan karamel ke dalam 6 cawan atau bekas. Ketepikan.

3. Campurkan bahan-bahan untuk puding ke dalam jag. Tuangkan karamel ke dalam cawan.

4. Tutup setiap cawan dengan foil aluminium. Kukus puding kira-kira 15 minit. Tutup api, biarkan puding di dalam periuk selama 10 minit lagi.

5. Keluarkan dari periuk kukus, biarkan puding sejuk dan simpan dalam peti sejuk kira-kira 4 jam.

6. Sebelum nak hidangkan, letak hirisan oren di atas puding, taburkan gula di atas kepingan oren itu. Bakar gula tersebut sehingga keperangan. Siap untuk dihidang!


Nampak menarik dan cantik pencuci mulut kita ini. Ala-ala dessert di hotel mewah gitu. Yang baru nak belajar buat dessert pun boleh belajar guna resipi ini. 

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: “Tak Sempat Tengah Hari Dah Licin” – Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN