cucur manis

Lama tak buat cucur manis petang-petang ini. Comel je bila lepas angkat dari minyak sebab bulat-bulat elok gitu.

Viral tau resipi cucur ini. Sebab banyak kanak-kanak suka makan. Mesti berebut-rebut nak ngap dalam mulut.

Bukan itu saja, nak frozenkan pun tak ada masalah. Bila-bila nak makan, tinggal keluarkan je dari peti sejuk dan goreng!

Baca juga: Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!

Oh ya, ada satu bahan rahsia yang mengekalkan cucur manis jadi bulat elok.

Yang bestnya, tak perlu basahkan tangan denga air atau minyak sebab adunan juga tak melekat pada tangan.

Jom ikut perkongsian resipi viral dari Reha Rahma yang mendapat 4.6k tanda suka, 471 komen serta 5.2k perkongsian di Facebook.


Resipi Cucur Manis 

Untuk buat cucur manis itu rangup di luar dan manis di dalam, tambahkan sedikit serbuk soda. Jom tengok bahan-bahan di bawah untuk sukatan adunan.


Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sdb gula
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk soda bikarbonat
  • 2 cawan air panas

Cara penyediaan:

1. Gaul sebati ke semua bahan di atas.

2. Tunggu adunan menjadi suam dan boleh bulat-bulatkan ia. Saya guna tangan, jadi basahkan sedikit tangan guna air supaya adunan tak melekat.

3. Buka api sederhana. Jika tidak, cucur akan jadi hancur.

4. Apabila minyak sudah panas, goreng hingga garing.

5. Siap untuk dihidang.


Ringkas, mudah dan sedap! Waktu petang makan panas-panas memang syok sangat.

Sambil-sambil hirup kopi atau teh baru layan. Semoga bermanfaat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN