Versi mudah.. lebih enak kalau dimakan dengan roti Perancis..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kacang Phool

Versi mudah.. lebih enak kalau dimakan dengan roti Perancis..

BAHAN-BAHAN

  • 2 tin kacang phool – dikisar tapi tak terlalu halus
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2-3 batang lada hijau*
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan
  • Sedikit puri tomato
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan Tabur:
  • Bawang besar – didadu kecil
  • Buah tomato – didadu kecil
  • Lada hijau – dipotong serong
  • Bebrapa biji limau kasturi – dibelah dua
  • Telur mata lembu (telur ni digoreng dengan sedikit minyak sapi)
  • (hiris bahan yg bertanda *)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Tumis bahan yang dihiris berserta serbuk ketumbar dan jintan.
  • Setelah wangi dan naik bau, masukkan puri tomato. Biarkan sekejap.
  • Masukkan kacang phool yang dikisar tadi (kalau pekat bubuh sedikit air). Kacau. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa.
  • Masaklah dengan api yang kecil sebentar hingga keluar minyaknya.
  • Angkat dan hidangkan dengan bahan taburan serta telur mata. Perahkan sepotong limau.
  • Jika suka, boleh diambil sedikit lebihan minyak sapi yang digunakan untuk menggoreng telur tadi dan diletakkan di atas kacang phool.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN