Isi Ayam

Kebiasaannya kalau beli ayam seekor, bahagian dada atau isi ayam selalu paling tak laku kan? Sudahnya, koleksi ayam dada menjadi semakin banyak dalam peti sejuk beku sebab tak tahu nak masak apa.

Seorang pengguna laman sosial Facebook berkongsikan resipi mudah dengan menggunakan isi bahagian dada iaitu Ayam Halia. Menurutnya, dijamin akan habis licin satu keluarga makan jika dimasak dengan cara ini.

Bahan-bahan yang digunakan juga tak banyak dan mudah untuk disediakan. Selepas ini, ibu-ibu tak perlu risau kalau isi bahagian dada ini asyik tak laku. Follow je resipi perkongsian oleh Puan Fdlah Ila di bawah. Selamat mencuba!

ISI AYAM TAK LAKU, BILA MASAK BEGINI LICIN HABIS ANAK BERANAK MAKAN

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Sos tiram
  • Serbuk lada hitam
  • Tepung jagung
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun bawang

Isi Ayam

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan cili, bawang dan halia, tumis sehingga sedikit layu.

Isi Ayam

2. Masukkan ayam dan kacau rata.

3. Masukkan air dan serbuk lada hitam.

4. Masukkan pula sos tiram.

Isi Ayam

5. Letakkan air dan biarkan sehingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya. Bila semua dah secukup rasa, masukkan bancuhan air tepung jagung mengikut kepekatan yang diingini.

6. Akhir sekali masukkan daun bawang yang sudah dihiris. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Kredit: Fdlah Ila

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN