Dapat dari http://www.dianasdesserts.com. Sedap…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Healthy Banana-Oatmeal Power Cookies

Dapat dari http://www.dianasdesserts.com. Sedap…

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung serbaguna (saya guna tepung gandum biasa)
  • 1/2 cawan kelapa parut kering (saya tak bubuh sebab tiada)
  • 1/2 cawan oat
  • 1 sudu teh ‘baking soda’
  • 1/2 sudu teh garam (saya tak bubuh)
  • 1/4 sudu teh serbuk kayu manis
  • 3/4 cawan gula perang
  • 6 sudu besar (3/4 buku) mentega tanpa garam pada suhu bilik
  • 1 biji pisang masak – lecek
  • 1 biji telur – suhu bilik
  • 1/2 cawan aprikot kering cincang atau kismis
  • 1/2 cawan walnut atau badam cincang
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada 160C. Griskan 1 atau 2 keping kertas masakan.
  • Dalam mangkuk – kacau tepung, kelapa, oat, soda, garam dan serbuk kayu manis bersama.
  • Dalam mangkuk yang lain, pukul mentega bersama gula perang sehingga membentuk krim yang lembut.
  • Tambahkan pisang dan telur kemudian pukul lagi menggunakan garpu sehingga sebati.
  • Masukkan adunan tepung tadi dan kacau (lebih kurang 1/2 cawan sekali masuk) kemudian tambahkan aprikot dan walnut.
  • Sudukan adunan tadi ke atas dulang yang telah dilapik dengan kertas masakan dan biarkan jarak dalam 2 inci setiap satu.
  • Bakar sehingga keperangan (12 ke 15 minit).
  • Keluarkan dari oven dan biarkan biskut sejuk dalam 5 minit. Kemudian, simpan biskut dalam bekas yang kedap udara pada suhu bilik (biskut akan jadi lebih tahan lama dan boleh mencecah sehingga 3 hari).
  • Store in an airtight container at room temperature for up to 3 days.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN