Hari Kebangsaan ke-65 negara tercinta kita ini hampir tiba. Semestinya, rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat sedang giat membuat persiapan untuk menunjukkan semangat patriotisme masing-masing.

Apabila tibanya tanggal 31 Ogos, kita akan melihat kibaran Jalur Gemilang pada kereta serta kediaman rakyat Malaysia. Waktu ini jugalah yang sesuai untuk layan filem-filem patriotik.

Tetapi apa yang akan berlaku apabila sekumpulan kanak-kanak mengambil makna ‘kebebasan’ dan ‘Merdeka’ secara literal?

Untuk meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, syarikat media terbesar di Malaysia iaitu Media Prima Berhad akan menerbitkan sebuah drama komedi pendek yang bertajuk ‘3 Sekawan’.

‘3 Sekawan’ mengisahkan tiga sekawan cilik – Faiz, Ah Chong dan Danush – yang berkumpul untuk menyambut Hari Kebangsaan di kampung mereka.

Setelah mengatur sebuah rancangan besar (dan nakal) demi kebebasan mutlak, berlakunya huru-hara di kampung tersebut apabila tiga sekawan itu cuba memperbetulkan segala-galanya sebelum tibanya hari yang bermakna itu. 

Saksikan treler di bawah:

MEDIA PRIMA Hari Kebangsaan 2022 | 3 Sekawan 2022 (Treler #1) #bebasbersama

Berdasarkan peristiwa sebenar, ‘3 Sekawan’ dibintangi barisan pelakon terkenal Malaysia termasuk Dato’ Rahim Razali, Kazar Saisi, Redza Rosli, Sherry Ibrahim dan Mandy Chong.

Siri pendek yang terbahagi kepada empat episod ini adalah sebahagian daripada kempen #BebasBersama oleh Media Prima Berhad untuk mendidik, mengingatkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia – terutamanya generasi muda – tentang pengorbanan wira tempatan kita dalam memastikan negara bebas dan merdeka. 

Anda boleh menonton ‘3 Sekawan’ secara percuma (ya, percuma!) pada 31 Ogos 2022 di TV3 pada 9 malam, NTV pada 9.30 pagi atau TV9 pada 10.30 malam.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN