kerepek marshmallow

Mari kita cuba buat kerepek marshmallow ini. Resipi kerepek ini agak popular dari negara seberang. Anak-anak mesti teruja untuk mencuba makanan ringan ini.

Dengan bentuk makanan yang menarik dan comel ini, pastinya akan membuatkan kanak-kanak lebih berminat untuk makan.

Baca juga: Marshmallow Buat Sendiri, Guna 5 Bahan Ini Untuk Tekstur Gebu Dan Lembut

Cara penyediaannya juga sangat mudah dan boleh dibuat dengan pelbagai bahan makanan. Berikut merupakan resipi dari perkongsian @iwamasak di laman TikTok. 


RESIPI KEREPEK MARSHMALLOW

kerepek marshmallow

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Marshmallow jenis besar
  • Kekacang atau cereal 

Cara membuat kerepek:

1. Mula-mula, gunting dahulu marshmallow kepada 4 atau 5 bahagian untuk buatkan ia kelopak bunga. Ulang sehingga stok marshmallow habis.

2. Selepas buatkan bentuk bunga, letakkan kacang atau cereal sebagai hiasan di tengah-tengah bunga.

3. Bakar dalam oven dengan suhu 100C kira-kira 35 hingga 40 minit. Jika ingin bakar dalam air fryer, guna suhu 150C kira-kira 20 minit.

4. Siap! Boleh simpan lawa-lawa dalam balang.

Nota:

  • Lepas bakar, tinggalkan seketika dan biarkan kerepek mengeras dahulu. Sebabnya kerepek masih lembut selepas dibakar dalam oven. Bila dah sejuk, baru ia mengeras dan rangup.
  • Boleh buat bentuk lain selain bunga. Ikut kreativiti lain-lain.

Selamat mencuba resipi Kerepek Marshmallow ini.

Baca juga: Serbuk Coklat Homemade Untuk Bancuhan Air, Hanya Guna 4 BAHAN Je

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending