Boleh ganti dengan apa saja buah-buahan yang bersesuaian.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fruit Roll Cake

Boleh ganti dengan apa saja buah-buahan yang bersesuaian.

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur
  • 60g gula halus
  • 3 sudu besar yogurt biasa
  • 60g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • Esen vanila secukupnya
  • *200ml krim segar
  • *15g gula aising
  • *Esen vanila secukupnya
  • *Buah-buahan secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Persediaan awal: Panaskan oven ke 170C. Alaskan dulang dengan kertas minyak. Sediakan meringue– pukul telur putih dan gula sehingga kembang.
  • Dalam mangkuk lain, pukul telur kuning, esen vanila dan yogurt sehingga sebati.
  • Masukkan adunan no.2 ke dalam ‘meringue’. Pukul dengan perlahan-lahan.
  • Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak. Kacau perlahan-lahan dengan spatula.
  • Tuangkan ke dalam dulang. Ratakan adunan tadi. Bakar selama 12 minit.
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan.
  • Masukkan krim segar, gula aising dan esen vanila. Pukul sehingga jadi krim yang keras. Simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan.
  • Bila kek dah sejuk, sapukan krim tadi dan letaklah buah. Kemudian gulung. Balutkan kek dengan cling film. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1-2 jam sebelum dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN