Biskut gajus

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cashew Nuts Cookies

Biskut gajus

BAHAN-BAHAN

  • 300g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 150g gula halus
  • 120g mentega – suhu bilik
  • Beberapa titik esen vanila
  • 130g kacang gajus (cashew nuts)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
  • Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga putih/kembang.
  • Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  • Masukkan pula esen vanila. Kacaukan.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan juga kacang gajus. Kacau rata.
  • Keluarkan dari mangkuk dan letakkan ke atas kertas oven.
  • Bungkuskan doh tadi dan buatlah biar jadi bentuk segi empat panjang. Bila dah siap buatlah untuk yang bakinya.
  • Simpan dalam pembeku sekurang-kurangnya 1 jam.
  • Kemudian potonglah lebih kurang 1cm. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit.
  • **** Boleh juga gantikan kacang gajus dengan kacang badam

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN