PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-08 04:43:05

Ayam goreng merupakan salah satu makanan kegemaran ramai terutamanya bagi kanak-kanak. Selain rasanya yang enak dan rangup, ayam goreng juga senang dimasak dan disediakan. Walaupun anak-anak gemar akan ayam goreng, takkanlah ibu-ibu asyik nak bagi ayam goreng je kan? Takut nanti anak-anak cepat jemu. 

 

Jadi apa kata kita cuba upgrade sikit ayam goreng biasa kepada Chicken Chachos Crispy. Lebih enak dan rangup. Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish di Facebook.

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk besar isi ayam dihiris nipis 
  • 1/3 cawan tepung goreng ayam serbaguna Bestari spicy
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 1 paket keropok chachos yang dihancurkan
  • 5 tangkai daun kari diracik halus

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

 

Cara-cara:

  1. Lalukan isi ayam pada air, letak tepung beras, tepung bestari dan daun kari, sebatikan.
  2. Dalam bekas lain satukan keropok chachos yang telah dihancurkan dengan 1/4 cawan tepung bestari, gaulkan. Ambil isi ayam salutkan dengan sempurna.
  3. Pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu, goreng hingga masak dan kekuningan, angkat dan toskan minyak. Sedia dihidang dan dinikmati.

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

 

Kredit: Julia Aleen Aireish 

 

Selamat Mencuba

Kredit: Julia Aleen Aireish