Beri biru boleh diganti dengan jem strawberi atau jem rasberi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Blueberry Hidden Cake

Beri biru boleh diganti dengan jem strawberi atau jem rasberi.

BAHAN-BAHAN

  • 3/4 cawan gula aising
  • 150 g mentega, pada suhu bilik
  • 250 g krim keju, pada suhu bilik
  • 3 biji telur gred A, pada suhu bilik
  • 1/2 camca teh esen vanila
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat*(*digaul rata dan diayak)
  • 1/4 cawan susu segar/susu UHT
  • 5 – 6 camca besar inti beri biru
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan mentega dan keju, putar sekejap hingga rata. Masukkan gula aising dan pukul hingga putih.
  • Masukkan telur dan terus memutar pada kelajuan tinggi. Masukkan satu persatu telur sambil terus memutar hingga kembang, masukkan juga esen vanila. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit.
  • Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar/UHT hingga habis. Gaul rata.
  • Sapu acuan bulat berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung, ketuk keluar lebihan tepung.
  • Tuang 3/4 adunan kek ke dalam acuan.
  • Sudukan inti ke atas adunan kek tadi.
  • Ratakan inti dengan spatula.
  • Tuang lebihan adunan kek dan ratakan. Hentak perlahan acuan kek 2 – 3 kali. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 – 40 minit.
  • Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan kek dari acuan dan sejukkan kek atas redai.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN