gulai daging kawah

Alangkah indahnya kalau boleh makan Gulai Daging Kawah. Tapi susah betul nak cari, biasanya bila majlis kenduri saja baru boleh jumpa lauk istimewa ini. Apa kata anda cuba sediakan lauk gulai daging ni di rumah untuk hidangan lauk tengah hari atau makan malam?

Baca juga: Gulai Ayam Style Terengganu, Rupanya Guna REMPAH Ini Bagi Penyedap Rasa

Barulah puas bila masak sendiri, boleh tambah banyak-banyak! Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh Encik Nahar Efendy Noordin ini.


RESIPI GULAI DAGING KAWAH

Bila ada musim kenduri, menu yang paling dirindui ialah gulai daging kawah. Kalau kena pula dengan segala cukup rasa, boleh bertambah-tambah makan nasi. Dengan resipi yang dikongsi ini, diharapkan dapat mengubati rasa masakan gulai daging seperti di majlis kenduri. Boleh makan beramai-ramai di rumah bersama keluarga.

gulai daging kawah

Bahan-bahan: 

  • 1 kg daging lembu
  • 1 biji kelapa (jadikan santan sederhana pekat)
  • 1 biji bawang besar |dimayang)
  • 2 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar cili boh
  • 3 sudu besar rempah gulai Cap Orang Terbang
  • Garam
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 biji ubi kentang
  • *7-10 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci kunyit hidup

Kisar bahan bertanda * 

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama rempah 4 beradik.

2. Kemudian, masukkan cili boh. Masak kejap sampai bau cili boh tu masak.

3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan masak sampai pecah minyak.

4. Masukkan rempah gulai daging. Kacau sebati.

5. Kemudian masukkan daging. Gaul rata daging dengan rempah.

6. Masukkan air dan masak hingga daging empuk. Masa ni, pindahkan daging ke pressure cooker.

7. Masuk pressure cooker set menu daging 30 minit dan tunggu sampai siap. Kalau tak ada pressure cooker, masak je atas dapur sampai daging empuk.

8. Dah siap, pindah semula ke kuali tadi dan masukkan kerisik dan asam keping. Keringkan sikit air.

9. Kemudian masukkan santan, ubi kentang, garam, dan gula melaka. Bila kentang dah empuk, perlahankan api dapur dan reneh sekejap dalam 5 minit bagi pecah minyak. Dah siap!

gulai daging kawah


Selamat mencuba resipi Gulai Daging Kawah ini.

Baca juga: Rempah Giling Gulai Cara Orang Dulu Dulu, Sedap Buat Gulai Ikan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN