sedaaaappp……

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bingka Ubi Portugis

sedaaaappp……

BAHAN-BAHAN

  • Lapisan Bawah
  • 1 kg ubi parut
  • 230gm gula pasir
  • 350gm santan
  • 100gm butter
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning
  • Lapisan Atas
  • 50gm Susu Segar
  • 230gm Susu pekat manis
  • 20gm tepung gandum
  • 3 biji kuning telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • 100gm keju cheddar (diparut)
CARA PENYEDIAAN
  • Lapik loyang dengan aluminium foil dan sapu sedikit butter. Ini supaya memudahkan kuih dikeluarkan dan dipotong.
  • Panaskan oven. Masukkan semua bahagian lapisan bawah ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Masukkan adunan kedalam loyang dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit
  • Lapisan Atas
  • Satukan susu segar, susu pekat manis, pewarna hijau dan tepung gandum. Masak atas api perlahan sehingga sedikit mendidih. Matikan api. Masukkan kuning telur dan kacau lagi sehingga sebati kemudian baru masak atas api sehingga sedikit pekat.
  • Apabila lapisan masak keluarkan dari oven. Jangan matikan oven. Tuangkan lapisan atas dan ratakan mengunakan spatula. Taburkan cheddar cheese yang telah diparut.
  • Bakar lagi pada suhu 180C selama 20 minit.
  • Biar kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN