Bagaimana cara nak masak Ayam Sambal Kicap?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Sambal Kicap
Bagaimana cara nak masak Ayam Sambal Kicap?
BAHAN-BAHAN
- 500 g ayam (Dipotong kecil)
- 20 tangkai cili kering
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ cawan air
- (Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dikisar bersama air)
- 1 batang serai (Diketuk)
- 5 helai daun limau purut (Dikoyak)
- 3 sudu makan sos tomato
- 5 sudu makan kicap
- 1 labu bawang besar (Dipotong bulat)
- Minyak masak secukupnya
- Garam (Sekiranya perlu)
CARA PENYEDIAAN
- Basuh ayam dan tuskan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar bersama serai sehingga wangi dan garing.
- Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan pecah minyak.
- Masukkan daun limau purut, sos tomato, dan kicap. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan bawang besar. Masakkan sehingga pecah minyak. Sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.