cara masak sup ayam

Cara masak sup ayam ini sesuai untuk mereka yang mahukan sup yang ‘kaw’ dan padu. Memang nikmat bila hirup kuah atau meratah.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira ini bukan sahaja mudah, malah tidak ada rasa hanyir sama sekali. Mungkin ada rahsianya semasa dalam proses memasak?

Kalau nak tahu apakah bahan-bahan dan cara memasak yang lengkap, mari ikuti resipi di bawah.

Baca juga: Resipi Sup Ayam Lada Hitam Tanpa Guna Minyak, Yang Tak Sihat Terus Rasa Segar!

CARA MASAK SUP AYAM YANG KAWW

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan-bahan lain:

  • 2 biji bawang besar dihiris
  • 3 sudu besar penuh rempah sup adabi
  • 1 ekor ayam saiz kecil dipotong 1
  • 6 cili padi
  • Daun sup
  • Batang sederi
  • Tomato secukupnya
  • 1 paket cendawan enoki atau apa2 sayur kegemaran

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris hingga garing hampir gelap dan masuk pula bahan kisar dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.

cara masak sup ayam

2. Setelah pecah minyak masuk rempah sup kacau rata hingga terbit bau. Masukkan air mengikut banyak kuah yang diingini dan akhir sekali masukkan ayam.

3. Reneh hingga ayam lembut atau masak masukkan semua bahan berbaki satu persatu dan kacau rata. Siap.

cara masak sup ayam

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Buat Sup Ayam Halia Lada Hitam, Kembalikan Selera Ketika Tak Sihat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN