Bagaimana cara nak masak Ayam Prun?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Prun
Bagaimana cara nak masak Ayam Prun?
BAHAN-BAHAN
- 1 kg ayam (dipotong sederhana)
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 3 sudu makan cili kisar
- 3 batang serai
- 1 inci halia
- 2 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- (Serai, halia, bawang besar dan bawang putih dikisar bersama)
- ½ cawan minyak masak
- 1 inci kulit kayu manis (Rempah tumis)
- 3 kuntum bunga lawang (Rempah tumis)
- 5 kuntum bunga cengkih (Rempah tumis)
- 3 biji buah pelaga (Rempah tumis)
- ½ cawan air
- ½ cawan buah prun (dikisar)
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Perapkan ayam bersama rempah kari daging, cili kisar, dan bahan kisar selama 1 jam.
- Panaskan minyak masak. Masukkan rempah tumis dan kacau sehingga wangi.
- Masukkan ayam yang diperap dan kacau rata sehingga sebati. Masukkan air.
- Apabila mendidih, masukkan buah prun, sos tomato, sos cili, gula, dan garam. Kacau sehingga sebati.
- Masak sehingga pecah minyak dan hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.