Kalau korang dah biasa masak masakan gulai Melayu, hari ini korang boleh cuba masak singgang daging ala Thai. Rasanya seperti sup yang masam manis, memang cukup rasa yang pasti hidangan yang bakal menaikkan selera makan anda. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Maryam Salleh di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SINGGANG DAGING ALA THAI

Kalau korang dah biasa masak masakan gulai Melayu, hari ini korang boleh cuba masak singgang daging ala Thai. Rasanya seperti sup yang masam manis, memang cukup rasa yang pasti hidangan yang bakal menaikkan selera makan anda. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Maryam Salleh di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • Daging dihiris halus

  • Halia

  • Lengkuas

  • Biji ketumbar

  • Serai

  • Bawang putih

  • Bawang merah

  • Bawang besar

  • Garam

  • Gula

  • Ajinomoto

  • Budu

  • Asam keping

Kredit: Maryam Salleh

CARA PENYEDIAAN
  • Rebus daging bersama serai, asam keping dan bawang putih.

  • Masukkan halia serta lengkuas.

  • Apabila kuah dah mendidih masukkan biji ketumbar yang sudah ditumbuk kasar.

  • Masukkan satu sudu kecil budu.

  • Masukkan sedikit aijinomoto.

  • Kalau daging dah empuk, masukkan bawang.

  • Renehkan sekejap masukkan sedikit cili padi supaya pedas sedikit dan siap boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.